Thursday 28 September 2017

HARITH MUKHRIZ

assalamualaikum!

alhamdulillah, masih diberikan kekuatan lagi untuk teruskan hidup dan berjuang akan sebuah impian. InsyaAllah

apa khabar? harap sihat sejahtera hendaknya. okay malam ni, syikin cuma nak kongsikan sedikit kisah yang boleh kita ambil sebagai pengajaran. 

disini ada tiga kisah, takpe malam ni sebelum syikin lelapkan mata. cukuplah satu je okay? :)

sejak syikin berkecimpung dalam dunia pekerjaan di pasaraya. Alhamdulillah segala nya baik baik sahaja, cumaaaa kita kena kuatkan mental dna fizikal sebab? sebab kita kena hadap manusia yang kadang bersikap egois. berlagak macam seorang bos, yang mementingkan diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa fikir perasaan orang. I means, kalau kita sbg seorang bos. sewajarnya kita fikir perasaan orang bawahan kita? kan? sebelum bersuara, perlu titikberatkan setiap inci perkataan kita. bukan main cakap lantang. kan?

sebenarnya, nak kongsi perihal lain. okay macam ni, kerja saya setiap hari kena hadap cust. kena layan cust. dan macam macam lagi. tapii saya sangat suka untuk layan kanak kanak atau budak budak kecil. sebab mereka buat saya tersenyum bahagia.

ada la sorang budak ni, lelaki dan sangat hensem. namanya harith mukhriz, lawa kan? memula budak ni sangat kurang ajar. tapi disebabkan kurang ajar dia, saya tak membenci dia. sebab yang kurang ajar adalah sikapnya bukan mulutnya. i means, suka cakap mengarut. paham kan?

setiap kali nak timbang sayur ke apa ke, mesti dia yang akan tolong timbangkan. tu pun sebab mama nya yang suruh. biasalah budak kecik? kadang suka tengok penimbang automatik. kita dah besar, lainlah citer nya. huhuhu

okay, untuk kali kedua. dia datang lagi dengan mama dan abah nya. setiap kali dia datang jugaklah syikin akan buat taktahu kalau dia nak timbang. haha bukan kejam, ini adalah satu taktik. lama kelamaan, budak tu rasa geram koet. dia tumbuk meja, alooooo dan syikin hanya tersenyum. budak tu dah naik geram gamaknya. hahaha

Tuesday 26 September 2017

BIARLAH SEMUA BERLALU DENGAN TENANG,

hai, Assalamulaikum. rasanya sudh sekian lama tidak melayan blogger ku yang ku sayang. dalam blog ni kan, dah bermacam ku karang tapi sayang ku terpaksa padam. sedih kan? sebenarnya banyak benda nak kongsi. banyak post yang telah saya karang, saya terpaksa memadamnya sebab saya tak ingin kisah silam saya terkubur disini bersama insan yang pernah saya sayang sedalam hati saya. tak jemu mendoakan dia setiap kali solat. tapi apakandaya? masa sudah jauh berlalu. aku masih sendiri dan dia? sudah temui kekasih hati nya yang lain. ya mungkin salah aku. sebab aku yang tinggalkan dia. jauh aku tinggal kan dia bersama air mata. dapat bayangkan betapa sedihnya hati ini? kadang tak sanggup hati ini dicaci, di khianat dari belakang. dek kerana kesetiaan, aku teruskan hubungan ini dengan sabar. dan kadang ku belajar untuk redha bila dia dalam diam ada yang lain.

kenapa dia ada orang lain? sebab aku bukan jenis perempuan yang dia ingin kan. aku miskin, aku tak cantik, tak pandai bergaya macam perempuan lain. apalah nasib aku kan masa tu kann? sumpah sedih. bila dia sunyi, dia cari aku. bila dia sudah da yang lain, ku ditinggalkan. sampai satu masa aku jadi mangsa keadaan. dimarah, dimaki hamun. selama mulut aku boleh bercakap lembut ya aku cuba. tapi bila dah lama lama, aku dah tak boleh nak hidup.

sampailah aku diam diri aku, aku tukar phone, tukar nombor phone dan macam macam aku buat. aku rasa dah berjayaa tapi hakikatnya tak. he is still looking for me. aku lupa block dia kat twitter. macam macam la sebab silap aku terima dia kembali. aku tak boleh nak lupa apa yang dia dah buat kat aku. dengan kuasa mulut dia, banyak kutuk aku. hina aku macam macam. kadang aku rasa trauma dengan semua ni. apatah lagi aku takut bila aku jumpa kali kedua lelaki yang perangai sama. aku trauma. bila aku trauma, aku rasa nak marah marah. sampai aku terpaksa keluarkan perkataan kesat. aku cuba bermacam cara untuk hilang perasaan semua tu, tapi aku masih tak mampu. kadang aku rasa, biarlah masa yang berlalu. aku rasa Allah dengar luahan hati aku dan doa aku. Allah, jika benar kau masih sayang kan aku, terimalah aku kembali untuk meraih cinta mu yang pernah aku ku janji padamu ketika hati ini hancur berkecai. *tersenyum*

Ya Allah, saya ingin menjadi saya yang dulu. penuh dengan kelembutan. rasa selalu disayangMu. hakikatny apa yang saya dapat semua rasa kecewa yang tak pernah ada penghujunh nya Ya Rabb. aku sedar, semua yang berlaku ini adalah kifarah dosanku yang telah lalu. atas janjiku yang telah abdikan dalam hati namun aku lupa kerana terlalu taksub dan percaya kan cinta manusia yang penuh dengan penipuan. memang tiada yang sempurna dalam dunia ni, tapi hati aku sudah serik atas apa yang terjadi. aku ingin lupakan semua ini dengan hati yang tenang, mak ku mohon padamu Tuhan, berilah aku kekuatan agar aku mampu hadapi semua ini dengan tenang, InsyaAllah, aku mampu

Thursday 26 January 2017

SUDDENLY I MISS HIM

Assalamualaikumdah berapa bulan aku praktikal di kuantan. Alhamdulillah semuanya baik baik sahaja setakat ni. aku pun happy sebab dapat kenal ramai kawannnn! dapat pergi pantai, dapat mandi kolam. sedap! best sangat!waktu waktu macam ni, tipulah aku tak rindukan sahabat aku si Asyraf Amidin. aku pun tak tahu apa yang dia buat sekarang, mesti dia dah dapat kerja bagus kan? mesti dah da girlfriend yang lawa lawa kan? mata pun tak nak pejam. aishh, i miss him so much tak tahu lah kenapa rindu sangat. kadang rindu sampai menitis air mata hahahaha. kalau suruh dipilih kekasih dengan sahabat, of course aku pilih sahabat. sahabat susah senang ada dengan kita. kekasih, kejap je stay pastu pergi macam tu je bila dah taknak kita. kan? semua orang terlelap sudah dan aku masih dengan laptop riba aku yang dah tak lama lagi hancur nak rosak. aku harapkan suatu hari nanti aku dapat jumpa kau Asyraf. bukan harap sikit, harap banyak. walaupun aku tahu kau dah ada orang lain. aku ni bukan siapa siapa kalau nak dibanding kan dengan dia. hmmm sedih hahahah. sambil buat blogger kau kan yap aku dengar lagu sahabat sejati unic. bertambah rindu nak jumpa kau dan bagi kek coklat oreo yang aku buat. sumpah rindu. walaupun kek yang aku buat tu tak jadi. takpeklah sebab kau telan je. aku rasa bertuah jugak bila kau orang pertama rasa kek aku.takpelah yap. aku harap kau selalu dalam lindungan nya. aku disini selalu rindukan kau dan persahabatan kita. aku harap kita jumpa disyurga nanti eahh. selamat malam. 
x

Friday 14 October 2016

MARY KAY TIMEWISE FIRMING EYE CREAM

PENYELIDIK PERUBATAN MEMBERITAHU KAMI, Kulit di sekitar mata mempunyai sedikit kelanjar sebum, kurang kolagen dan elastin berbanding dengan kulit di kawasan lain di muka. Apabila usia seseorang semakin meningkat, pad lemak di bawah dermis mulai kurang, menyebabkan kulit kelihatan lebih nipis dan geronggang di bawah mata. Ciri unik kulit di kawasan mata menyebabkan ia memerlukan perhatian yang lebih.


Image result for timewise firming eye cream


-Krim mata kaya yang sungguh canggih untuk meningkatkan ketegangan, pencerahan, membekalkan lembapan tinggi serta mengurangkan garis halus dan kedutan.
-Kuasa bersepadu dwi peptide penguat kolagen bertindak untuk membina/memulihkan struktur penyokong untuk mencergaskan semula sel-sel supaya kulit menjadi lebih tegang. Mengandungi kuasa bersepadu dwi peptida.
-Ekstrak bahan botani yang menenangkan serta agen pencerahan digunakan untuk merapi dan menyediakan kulit untuk langkah pelembapan supaya menghasilkan nada kulit yang lebih sekata


FAKTA: Kulit di sekeliling mata adalah paling nipis, paling manja di muka
KENYATAAN TEGUH Menegang, mencerah, melembapkan


RAMUAN UTAMA & FUNGSI 
Palmitoyl Tetrapeptide-3 Asid Amino dan Peptida Digunakan untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat. Ramuan ini merupakan blok binaan protein seperti kolagen. 
Palmitoyl Oligopeptide Asid Amino dan Peptida Digunakan untuk mengekalkan kulit yang sihat. Ramuan ini merupakan blok binaan protein seperti kolagen. 
Ekstrak Daun Aloe (Aloe barbadensis extract) Pelembap/Penghidrat: Membantu merapi dan melicinkan kulit dengan menambah, menarik atau mengekalkan lembapan. Agen Penenang: Terkenal dengan ciri menenang dan menenteramkan. 



BAGAIMANA IA BERTINDAK 
-Apabila kulit semakin tua, ia kehilangan lembapan dan menjadi kering serta berliang, lantas melemahkan pertahanan semula jadi yang melindungi anda daripada radikal bebas dan acaman persekitaran. 
-TimeWise® Firming Eye Cream bertindak untuk memberi perlindungan yang lebih kepada kulit halus di kawasan mata sambil mengatasi kerosakan yang terjadi. 
-Kuasa gabungan dwi peptida penguat kolagen bertindak untuk membina/ memulihkan struktur penyokong untuk mencergaskan semula sel supaya kulit lebih tegang. 
-Ekstrak bahan botani yang menenangkan serta agen pencerahan digunakan untuk merapi dan mempersiapkan kulit supaya dilembapkan bagi menghasilkan nada kulit yang lebih sekata. 



CIRI-CIRI 
-Sesuai untuk kulit sensitif 
-Diuji oleh pakar oftalmologi 
-Sesuai untuk pemakai kanta lekap 


FAEDAH & PERAKUAN, 
96% Memperlihatkan penambahbaikan secara menyeluruh pada penampilan kulit di sekitar mata. 100% Memperlihatkan pengurangan kekasaran dan kekeringan kulit secara ketara di sekitar mata Hingga 25% Kulit di sekitar mata lebih tegang hingga 40% Kurang lingkaran hitam di bawah mata hingga 75% Kulit bertambah lembut di sekitar mata.
* Berdasarkan kajian klinikal selama 12 minggu


KADAR PENGGUNAAN
-Dua bulan jika diguna dua kali sehari
-Empat bulan jika diguna sekali sehari


CIRI-CIRI
-Sesuai untuk kulit sensitif 
-Diuji oleh pakar oftalmologi 
-Sesuai untuk pemakai kanta lekap

Jika ada pertanyaan lain atau memerlukan skin consultation, boleh la hubungi saya:
SMS/Whatsapp : 01117833012
Follow Instagram saya untuk tahu more about mary kay; http://instagram.com/asyikinmk

MARY KAY TIMEWISE AGE FIGHTING LIP PRIMER



Ucapkan selamat tinggal kepada garis di bibir. TimeWise® Age-Fighting Lip Primer mencipta penampilan bibir yang lebih sihat dengan menghapuskan garis halus dan kedutan sementara mikrosfera penabur cahaya mengurangkan keketaraan garis halus. Gunakan pada bibir, di luar dan dalam garis bibir untuk memanjangkan pemakaian lipstik dan mengelakkan lipstik dan pengilat bibir menjadi comot.




Image result for kelebihan timewise age fighting lip primer



-Membantu melapisi bibir supaya pemakaian lipstik dan pengilat bibir lebih tahan lama
-Dibungkus dalam pakej batang yang selesa dan mudah dipakai pada bila-bila masa.


RAMUAN UTAMA & FUNGSI 
Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil Emolien Membantu mengekalkan penampilan kulit yang lembut, licin serta halus. 
Terbitan Vitamin E (Tocopherol acetate) Antioksidan Terkenal sebagai penghapus radikal bebas, ramuan ini dimasukkan dalam produk untuk membantu melindungi kulit daripada kesan radikal bebas yang dijana oleh persekitaran.



FAKTA: TimeWise Age-Fighting Lip Primer menambah baik penampilan di kawasan sekitar bibir dengan mikrosfera ramuan melantur cahaya yang menaburkannya supaya garis halus kurang ketara.


FAEDAH & PERAKUAN 
-Mengurangkan garis halus dan kedutan di bibir dan di sekitar kawasan bibir 
-Membantu mencegah lipstik dan pengilat bibir menjadi comot atau meleleh




Jika ada pertanyaan lain atau memerlukan skin consultation, boleh la hubungi saya:
SMS/Whatsapp : 01117833012

Follow Instagram saya untuk tahu more about mary kay; http://instagram.com/asyikinmk

TIMEWISE MIRACLE SET MARY KAY


Timewise® Miracle SetTM ialah koleksi premium produk penentang usia yang bertindak secara cantik. Set ini menggunakan sains penjagaan kulit terkini untuk menghasilkan kulit yang tampak lebih muda. Produk penjagaan kulit TimeWise® membekalkan faedah antipenuaan tercanggih yang anda perlukan untuk kulit yang tampak lebih muda.





Image result for timewise miracle set mary kay



RAMUAN UTAMA DAN FUNGSI
Cleanser Manik pembersih lembut dalam TimeWise® cleansers menanggalkan sel kulit mati melalui pengelupasan. Kompleks berpaten dalam TimeWise® mengurangkan garis halus dan kedutan dengan memacu proses pembaharuan semula jadi kulit. 
Moisturizer Kompleks berpaten dalam TimeWise® moisturizers mengurangkan garis halus dan kedutan dengan memacu proses pembaharuan semula jadi kulit. Satu sebatian humektan impian dalam TimeWise® AgeFighting Moisturizer memastikan kulit sentiasa lembap. 
Day Solution Bahan botani penuh khasiat dalam TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF25, membantu mencergaskan sel kulit sementara penghalang matahari UVA dan UVB membantu melindungi kulit daripada ancaman matahari. 
Night Solution Peptida antipenuaan dalam TimeWise® Night Solution merangsang kolagen melicin dan menegangkan kulit.



Fakta Menarik: Proses penuaan semula jadi kulit biasanya bermula ketika kita berusia 20- an. Apabila kulit semakin tua, kadar pembaharuannya mula perlahan. Kulit menjadi lebih kering, kurang tegang, kurang berseri. Faktor luaran seperti dedahan kepada stres persekitaran seperti pencemaran selalunya mencepatkan lagi proses penuaan kulit.





Image result for timewise miracle set mary kay





1TimeWise® Miracle Set® dinobatkan sebagai asas sistem penjagaan kulit bagi menentang penuaan hasil gabungan empat produk yang sungguh berpengaruh dengan 11 manfaat antipenuaan. Mencuci, mengelupas,menyegar, mengaktif, melembap, menghalus, menegang, melembut, melindungi, menjana dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. 

2 TimeWise® Moisturizer dirumus dengan sebatian humektan eksklusif, ditambah dengan antioksidan yang melindungi kulit daripada radikal bebas supaya kelihatan licin dan berseri
TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF25 dan TimeWise® Night Solution bertindak bersama-sama untuk menyediakan PronewalTM System sepanjang masa dengan perlindungan penting pada siang hari dan menggalakkan pembaharuan pada waktu malam.
4Peptida, agen antipenuaan dalam TimeWise® Night Solution merangsang kolagen untuk melicin dan menegangkan kulit.
5 TimeWise® Cleanser menggabungkan faedah antipenuaan dengan tiga fungsi penting penjagaan kulit dalam satu produk untuk membersih, mengelupas, dan menyegarkan kulit supaya menyerlahkan kulit yang tampak lebih muda.


KADAR PENGGUNAAN 
Cleanser– 2 bulan 
Moisturizer– 3 bulan 
Day and Night Solutions– 2 bulan setiap satu 





Jika ada pertanyaan lain atau memerlukan skin consultation, boleh la hubungi saya:
SMS/Whatsapp : 01117833012

Follow Instagram saya untuk tahu more about mary kay; http://instagram.com/asyikinmk

TIMEWISE LUMINOUS WEAR™ LIQUID FOUNDATION

Bersedialah untuk satu lagi keajaiban penentang usia. TimeWise Luminous-Wear™ Liquid Foundation diseduh dengan vitamin E dan sebatian peptida pembina kolagen berpaten untuk kulit yang segera tampak lebih tegang, muda dan sihat. Kulit juga berasa dilembapkan sepanjang hari. Apa lagi yang lebih cantik daripada itu?



Image result for timewise luminous wear foundation






-Kulit kelihatan cerah serta-merta dan kekal berseri sepanjang hari
-Kulit berasa dilembapkan sepanjang hari apabila keadaan keseluruhannya dipertingkatkan.
-Kulit tampak lebih tegang, muda dan sihat apabila kehadiran garis halus, kedutan dan pori dikurangkan secara ketara
-Tekstur kulit diperelok secara ketara dan kecelaan juga jelas berkurangan
-Untuk kesempurnaan tanpa cela, gunakan bersama Liquid Foundation Brush.







FAKTA; Kulit ialah satu struktur kompleks yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Lapisan dermis yang terletak betul-betul di bawah permukaan kulit, mengandungi kolagen yang memainkan peranan kritikal dalam memperkuat sokongan kulit. Luminous-Wear™ Liquid Foundation dirumus dengan sebatian peptida pembina kolagen berpaten untuk membantu kulit mengekalkan penampilan muda remaja. 


FAEDAH DAN PERAKUAN 
Kulit tampak cerah dengan serta-merta
Kulit tampak berseri sepanjang hari 
Memberikan kilauan maksimum
Kulit berasa dilembapkan sepanjang hari
Kulit kelihatan lebih tegang, muda dan sihat
Secara ketaranya mengurangkan garis halus dan kedutan
Secara ketaranya mengurangkan penampilan pori
Meningkat baik keadaan kulit secara keseluruhan
Mengurangkan ketidaksempurnaan secara ketara
Warna kekal seperti asal selepas berjam-jam
Memberikan kemasan kilauan yang tahan lama kepada kulit
Tidak melekat dalam garis halus
Mengurangkan lingkaran hitam dan bebayang secara ketara
Tahan pindahan dan tahan kelembapan
Formula ringan yang dapat disapu rata dan licin.


BAGAIMANA IA BERTINDAK 
Dirumus dengan ester lilin jojoba untuk membekalkan lembapan. Diseduh dengan vitamin E dan sebatian peptida pembina kolagen supaya kulit kelihatan lebih tegang, muda dan sihat.


RAMUAN UTAMA DAN FUNGSI 
Ester Lilin Jojoba Meningkatkan faedah pelembapan. 
Gliserin Humektan yang membantu menyeimbangkan atau mengekalkan paras lembapan wajar dalam kulit. 
Dimethicone Diperoleh daripada silika, memberi rasa lembut dan membantu melindungi kulit serta memperelok penampilannya. 
Vitamin E (Tocopheryl Acetate) Juga dikenal pasti mempunyai faedah merapi dan menenteramkan kulit. 
Palmitoyl Oligopeptide dan Palmitoyl Tetrapeptide-7 Sebatian peptida berpaten yang bertindak secara sinergi untuk membantu mengembalikan dan mengekalkan penampilan kulit yang muda remaja. 



KADAR PENGGUNAAN; Pengguna sederhana 1.1 bulan, 29ml

CIRI-CIRI 
Sesuai untuk kulit sensitif
Diuji secara saintifik untuk iritasi dan alergi kulit
Tak Komedogenik
Bebas wangian
Diuji oleh ahli dermatologi